Monday, January 17, 2011

Bismillahir-Rahmaanir-Rahiiim

Allah S.W.T. berfirman, "Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)


AL-QURAN DIGITAL


Bacaan oleh 7 Qari terkemuka dunia.
26 bahasa utama dunia untuk penterjemahan ayat.
7 Buku Tafsir terkemuka.
24 Buku-buku sejarah dan hadis
9 gaya dan saiz huruf.
Waktu Solat, Panduan Arah Kiblat, Jam Digital, rakaman suara dan banyak lagi.

UNTUK DIWAQAFKAN KEPADA 40 ORANG PELAJAR DARUL-QURAN ITTIFAQIAH, KERAMAT HUJUNG.

DANA YANG DIPERLUKAN RM24,000-00.
SEHINGGA 17 JANUARI 2011 JUMLAH TERKUMPUL RM600.00.

UNTUK SUMBANGAN ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAYA.


MOHD GUNAWAN
016-3073379